Tuesday 27 December 2011

Sepatah Kata Pembuka Lembaran 2012



Semua Warga Pendidik

Sekolah  Kebangsaan Telaga Papan,


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izin Nya jua, kita masih diberi ruang dan peluang  untuk meneruskan lagi tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

Sesungguhnya kualiti pendidikan atau kecemerlangan sesebuah sekolah baik dari segi prestasi akademik mahupun kejayaan dalam bidang kokurikulum amat bergantung kepada keterampilan dan kecekapan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan dan menggunakan pendekatan dan kaedah yang lebih inovatif dan terkini. Oleh sebab itu KITA adalah guru yang HEBAT yang sentiasa berusaha untuk mencemerlangkan murid dan sekolah.

Saya amat berharap untuk Tahun 2012, KITA akan berusaha menghayati visi dan misi sekolah, memberi tumpuan kepada kemenjadian murid, berusaha mencapai target sekolah dan menjadikan SKTP sekolah yang cemerlang di Daerah Setiu menjelang Tahun 2015.



Selamat Bertugas Pada Tahun 2012 ini.

Daripada

Che Zaidi Bin Abu Bakar
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Telaga Papan,
21010 Setiu,Terengganu.

No comments:

Post a Comment