Friday 30 December 2011

SELAMAT DATANG TAHUN 2012


SELAMAT TAHUN BARU 2012 DAN PERHEBATKAN KERJA BUAT KITA, PERTINGKATKAN USAHA UNTUK KECEMERLANGAN SKTP.

Thursday 29 December 2011

MESYUARAT GURU DAN STAF SKTP KALI PERTAMA 2012


Mesyuarat Guru dan Staf SKTP telah dirasmikan oleh En.Asmadi Ismail Penolong Pegawai Pendidikan PPD Setiu.

Wednesday 28 December 2011

KUARTERS GURU BARU SKTP



Sebanyak 8 buah kuarters guru baru yang telah siap dibina. Dijangka awal Januari 2012 kuarters guru akan diduduki oleh guru-guru yang telah memohon untuk menduduki.

ASRAMA BARU SK TELAGA PAPAN




Asrama Baru SKTP akan diduduki oleh murid pada sesi persekolahan 2012. Murid-murid akan mendaftar masuk ke asrama pada 2 Januari 2012. Asrama ini dapat menampung 100 orang murid. Pelbagai kemudahan disediakan di asrama baru ini bagi memberi keselesaan kepada penghuni SKTP 2012.



SELAMAT DATANG KE SK TELAGA PAPAN


SKTP yang tersergam megah menanti Guru dan Warga SKTP untuk sesi persekolahan 2012.

Tuesday 27 December 2011

Sepatah Kata Pembuka Lembaran 2012



Semua Warga Pendidik

Sekolah  Kebangsaan Telaga Papan,


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izin Nya jua, kita masih diberi ruang dan peluang  untuk meneruskan lagi tugas dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

Sesungguhnya kualiti pendidikan atau kecemerlangan sesebuah sekolah baik dari segi prestasi akademik mahupun kejayaan dalam bidang kokurikulum amat bergantung kepada keterampilan dan kecekapan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan dan menggunakan pendekatan dan kaedah yang lebih inovatif dan terkini. Oleh sebab itu KITA adalah guru yang HEBAT yang sentiasa berusaha untuk mencemerlangkan murid dan sekolah.

Saya amat berharap untuk Tahun 2012, KITA akan berusaha menghayati visi dan misi sekolah, memberi tumpuan kepada kemenjadian murid, berusaha mencapai target sekolah dan menjadikan SKTP sekolah yang cemerlang di Daerah Setiu menjelang Tahun 2015.



Selamat Bertugas Pada Tahun 2012 ini.

Daripada

Che Zaidi Bin Abu Bakar
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Telaga Papan,
21010 Setiu,Terengganu.